ADAKAH ANDA DISERANG CANDIDA ALBICANS ATAU BACTERIA YANG MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANDA BERSAMA SUAMI. ATASI MASALAH KEPUTIHAN, BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN DITEMPAT SULIT DLL BERSAMA SUPER PRODUCTS DARI SYARIKAT NUORICO SB. HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MOBILE: +012 4102368

Friday, March 27, 2009

SATU LAGI BERITA MENYEDIHKAN...AL FATIHAH

Wanita mati jalani rawatan langsing sedut lemak.

AHLI keluarga mengiringi jenazah Noraini yang meninggal dunia ketika menjalani rawatan pelangsingan badan di Ampang.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menjalani rawatan pelangsingan melalui proses menyedut lemak di sebuah pusat kecantikan di sini, mati mengejut selepas menerima suntikan ubat tahan sakit, petang semalam. Noraini Mohd Ghazali, 30, yang juga pengarah syarikat pembekal bahan kimia disahkan meninggal dunia di premis kecantikan itu ketika mendapatkan rawatan menyedut lemak di bahagian punggung, pada jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.


Noraini


Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, pula berkata, beliau bersama Noraini mengunjungi premis berkenaan petang kelmarin apabila adiknya mengadu sakit pada bahagian pinggulnya selepas mendapatkan rawatan kelangsingan sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, selain sakit pinggul Noraini mendakwa tidak berselera makan pada malam sebelum kejadian itu. "Noraini juga mendakwa tidak sihat dan memberitahu saya beliau ingin pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada sebelah malam selepas selesai menjalani rawatan. "Sebelum ke pusat itu, kami singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian.


Sebaik tiba, Noraini terus pergi mendapatkan rawatan, manakala saya menunggu tingkat bawah premis itu," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam. Katanya, selepas beberapa jam menunggu beliau diberitahu seorang pembantu pusat berkenaan keadaan Noraini tidak stabil dan memerlukan rawatan doktor.


Sehubungan itu, katanya, beliau menghubungi seorang doktor untuk ke premis berkenaan bagi merawat Noraini. "Kira-kira jam 6 petang, seorang lagi pembantu datang meminta saya ke tingkat atas bertemu doktor dan ketika itu saya melihat Noraini terbaring kaku di atas katil.

"Doktor kemudian memberitahu Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir selepas disuntik ubat tahan sakit menyebabkannya tidak dapat bernyawa. Malah, doktor memberitahu beliau cuba menyelamatkan Noraini, tetapi gagal selepas 45 minit mencuba," katanya. Katanya, beliau kemudian menghubungi suami mangsa, Zaharuddin Zainuddin, 35, untuk memaklumkan kejadian. Mayat Noraini dituntut oleh ahli keluarganya petang semalam di Rumah Mayat HKL sebelum dikebumikan di Kampung Tok Uban, Pasir Mas Kelantan, malam semalam.

Berita Harian


Gambar : Metro

BERHATI-HATILAH DENGAN SEMUA PUSAT PERLANGSINGAN BADAN YANG TUMBUH SEPERTI CENDAWAN DI MALAYSIA MASA KINI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

POPULAR POSTS - MUST READ

JUMPA SAYA DI FACEBOOK