Sangat menyedihkan melihat Pakcik Mah Nor,65 tahun mengalirkan air mata diatas kematian mengejut isteri kesayangannya Maimunah, 54tahun. Saya amat pilu melihat seorang suami menangis dengan penuh sebak setelah kehilangan seorang wanita yang bergelar isteri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Secara tiba-tiba teman sejati dikala suka dan duka telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah...engkau lebih mengetahu apa yang terbaik untuk hambamu. Semoga roh Maimunah, anak perempuan dan cucunya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beramal soleh.
Apabila saya melihat foto diatas, air mata saya mengalir tanpa henti kerana saya dapat rasakan bagaimana perasaannya setelah kehilangan seseorang yang amat disayangi. Walaupun dalam seusia begini, Pakcik Mah Nor masih memerlukan kehadiran isterinya untuk terus hidup.
Yang ini adalah anak perempuan mereka Surwani Mah Nor yang meninggal dunia bersama anak perempuan yang dilahirkannya di Hospital Melaka. Gambar disebelah kiri, Mustaza Sarmat,29 adalah suami kepada wanita yang berusia 29 tahun ini. Kata-kata akhir sisuami kepada isterinya yang sah dijangkiti H1N1 ini ialah "kuatkan semangat dan jangan risau" sambil memegang tangan isterinya itu. Dia memang terkejut dan tidak menyangka sma sekali akan kehilangan orang yang disayangi.
"MENCEGAH ADALAH LEBIH DARI MERAWAT"