ADAKAH ANDA DISERANG CANDIDA ALBICANS ATAU BACTERIA YANG MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANDA BERSAMA SUAMI. ATASI MASALAH KEPUTIHAN, BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN DITEMPAT SULIT DLL BERSAMA SUPER PRODUCTS DARI SYARIKAT NUORICO SB. HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MOBILE: +012 4102368

Friday, July 9, 2010

MENGAPA BEGITU BANYAK ORANG GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN


Adakah kerana mereka malas?
Tidak
Adakah kerana mereka kecanduan makanan? Tidak
Adakah kerana mereka tidak pandai bersenam? Tidak

Kegagalan utama masalah berat badan semakin neningkat dan ditahap yang membimbangkan berpunca dari beberapa faktor:
  1. Orang tidak benar-benar memahami risiko kelebihan berat badan.
    Mengapa perlu menurunkan berat badan? Kebanyakan akan berkata untuk kelihatan lebih baik dan menarik. Kehilangan berat badan sudah tentu menjadikan anda kelihatan baik dan menarik, tetapi ini tidak harus dijadikan alasan untuk menurunkan berat badan. Ribuan kajian telah menunjukkan dan membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa kehilangan lemak tubuh badan akan memperbaiki dan melanjutkan usia hidup anda. Bukan itu sahaja, yang penting adalah lalui usia tua kita dalam keadaan yang baik dan tidak membebankan kepada orang lain terutama anak-anak kita pada suatu hari nanti. Dothemikross Online Gym dapat membantu anda untuk mengawal peratus lemak dan berat badan anda dan sekaligus memperbaiki tahap kesihatan anda.

  2. Kebanyakan orang tidak akan melakukan perubahan secara terus sebagai gaya hidup kekal.
    Begitu banyak orang berfikir cara "diet" yang baik dan seimbang sebagai sesuatu yang sementara. Ketika mereka sedang mengawal "diet", mereka menyekat diri mereka sendiri dari menyentuh makanan sehingga mereka berasa tertekan dan sengsara. Cepat atau lambat... kegagalan akan muncul kerana adanya tuntutan yang tidak masuk akal dalam cara "diet" harian kita yang amat menyiksaan. Beberapa diet ini memaksa anda untuk menjamah hanya makanan tertentu (misalnya, tidak ada karbohidrat langsung, sup khusus, sayur sahaja dll ...).

    Ramai dikalangan anda, termasuk diri saya sendiri, mungkin telah mencuba semua jenis diet yang agak melampau sebelum ini. Adakah ianya kekal? Sudah tentunya TIDAK. Kunci untuk menurunkan berat badan untuk jangka panjang adalah membuat perubahan gaya hidup secara berperingkat, saya jamin ia akan kekal disamping anda selamanya. Mengawal diri untuk sementara waktu akan memberi kesan yang sementara sahaja.

  3. Kebanyakan orang tidak ditonjolkan dengan fakta-fakta kebenaran untuk menghilangkan berat badan dan menjadi sihat.
    Dengan maklumat yang agak bercanggah dan bertentangan di media, begitu juga dengan semua cara diet yang agresif untuk mempercepatkan kehilangan berat badan yang berbeza-beza yang menyebabkan banyak orang menjadi naif tentang masalah ini. dari sini kita dapat memahami mengapa begitu banyak orang yang benar-benar tidak tahu kebenaran tentang kehilangan lemak badan dan menjaganya untuk jangka masa panjang. Kita akan selamanya berpatah balik ketempat yang sama tanpa menuju kehadapan untuk mencapai impian sebenar.

  4. Kebanyakan orang tidak mengerti samada mereka selalu bertambah lemak atau kehilangan lemak.
    Tidak ada di antara keduanya. Beberapa orang merungut putus asa dan menyerah kalah kerana mereka tengelam bila air pasang dan timbul bila air surut. Ini bukannya perlawanan yang menawarkan hadiah berperingkat. Misalnya, ketika seseorang bermasalah dengan berat badan, jika mereka makan diwaktu siang yang tidak sihat, mereka akan terus makan makan malam yang tidak sihat juga kerana alasannya, hari ini diet telah kelam kabut jadi hatinya akan berbisik, "aku akan mula diet yang baik esok atau pada hari Isnin kerana aku sudah melanggar diet plan pada minggu ini". Setiap orang yang dalam keadaan begini akan makan terlalu banyak makanan.

    Orang-orang yang telah berjaya tidak akan membiarkan air pasang itu menengelamkan mereka sama sekali kerana ia akan memudaratkan semula perubahan gaya hidup mereka. Jika anda tidak melaksanakan perubahan gaya hidup positif untuk menghilangkan berat badan, anda menambahkan berat badan. Sekali lagi, tidak ada "di antara keduanya."

  5. Kebanyakan orang tidak menyedari apa yang mereka makan setiap hari.
    Begitu banyak orang yang bermasalah dengan kelebihan berat mengambil ribuan tambahan kalori dan lemak tanpa menyedarinya. Sukar untuk mengetahui adakah anda kehilangan berat badan atau menambah berat badan setiap hari kecuali anda mengawasi apa yang anda makan. Apabila anda dalam Program Dothemikross, anda akan diberikan cara mudah untuk mengesan pengambilan makanan anda.

Artikel ini ditulis oleh Ross Safina Hor, pengasas DoTheMikross.com, dan pengeluar Health Supplement dari Syarikat Nuorico Sdn Bhd.

INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

POPULAR POSTS - MUST READ

JUMPA SAYA DI FACEBOOK