Yes, jika sahabat semua membaca tentu ada yang mengatakan saya seorang yang BODOH, memang benar saya memang sangat BODOH dan NAIF pada masa itu. Saya menjadi begitu disebabkan perasaan cinta yang sangat mendalam membuatkan saya menjadi BUTA, PEKAK dan BISU...Tidak nampak kekejamannya, tidak menghiraukan nasihat orang dan tidak dapat berkata apa-apa.
Sehinggalah pada suatu hari suami saya menghalau saya dan anak keluar dari rumah itu, lalu saya pun pergi ke rumah mertua saya untuk meminta bantuan. Mereka amat menyayangi saya tetapi tidak dapat melakukan apa-apa selain
dari memarahi dan menasihati anak mereka. Tapi apakan daya, nafsu syaitan menguasai dirinya, dia tidak menghiraukan kata-kata ibubapanya. Saya diberi sebuah rumah dan wang setiap bulan oleh keluarga mentua saya sehinggalah hari ini. Lalu mereka membantu saya untuk mendapatkan talak satu, iaitu bercerai dengan bekas suami saya.
Pada masa itu saya seperti separuh gila...dunia saya seperti terbelah dua dan saya hanya ingin membunuh diri untuk pergi jauh dari hidupnya. Keluarga mentua saya banyak membantu dan memberi semangat untuk terus bangun dan melangkah kehadapan. Sukar kerana aku bukannya seorang yang berpelajaran atau rupawan, pula ti tidak mempunyai keluarga sendiri...ibubapa angkatku telah meninggal dunia selepas 3 tahun aku berkahwin akibat kemalangan.

Ms Ross memang banyak membantu saya, mengajar saya untuk lebih yakin dengan diri sendiri. Yang bestnya...dia ni seorang yang ikhlas, baik, smart, penyabar, periang tapi sangat tegas dalam kerjanya. Memang tak kasi muka punyalah bila dia melatih saya...dera habissss...sorry ya Ms Ross. Tapi berbaloi,saya beri 10 star kepadanya. Apa yang dia janjikan, akan dikotakan dan dilakukan dengan hati yang terbuka....jika dia nampak saya ada masalah atau murung, dia tidak akan melatih saya pada hari itu dan ditukar kepada sesi motivasi. Kerana kata Ms Ross, "Minda mesti kuat untuk mengejar impian dan harus menjadi good student kerana tidak guna jika mempunyai Good Coach/Teacher but YOU are not a Good Student. Buang masa, tenaga dan wang sahaja..."

Saya ingin memberi segala-galanya kepada Puteraku yang telah diketepikan selama ini disebabkan diriku yang telah separuh mati itu. Betul kata Ms Ross, wanita harus smart atau bijak dalam menjalani hidup ini walaupun kita berada dalam "Zon Keselesaan".
Alhamdulillah saya dikurniakan bekas mertua dan sis(Ms Ross) yang sangat baik...Terima Kasih Untuk segala-galanya...
Honey
Malaysia