ADAKAH ANDA DISERANG CANDIDA ALBICANS ATAU BACTERIA YANG MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANDA BERSAMA SUAMI. ATASI MASALAH KEPUTIHAN, BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN DITEMPAT SULIT DLL BERSAMA SUPER PRODUCTS DARI SYARIKAT NUORICO SB. HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MOBILE: +012 4102368

Monday, September 27, 2010

APAKAH CITARASA KEBANYAKAN LELAKI YANG TELAH BERKAHWIN TENTANG BENTUK TUBUH BADAN ISTERI MEREKA? TOPIK INI KHUSUS UNTUK MEREKA YANG TELAH BERKAHWIN...BUKANNYA UNTUK GADIS SUNTING ATAU TERUNA!



Saya sendiri menyoal lebih kurang dari 50 orang lelaki yang telah berkahwin mengenai perkara yang ingin saya sampaikan kepada kaum wanita semua... 


Soalannya: Jika anda diberi pilihan, anda inginkan bentuk tubuh isteri pipih dan kurus atau montok dan fit?
Dalam 50 orang yang lelaki ini, 100% memilih MONTOK, TETAPI mesti FIT DAN SOLID.  Baru puas mata memandang dan sedap memegang.  Dan satu lagi komen yang benar-benar mengejutkan ialah, kate mereka wanita yang bertubuh montok dan fit ini adalah lebih HOT dan MENGIURKAN serta AKTIF DIRANJANG apabila melakukan hubungan seksual dengan suami.


Kepada mereka yang berbadan besar, gemuk dan obesiti, anda semua tidak perlu menguruskan badan keterlaluan sehingga menjadi kurus seperti Angelina Jolie atau Fasha Sanda.  Yang penting adalah anda harus kelihatan FIT, SEKSI DAN MENARIK.  


"BENTUK BANDAN WANITA YANG MEMPUNYAI OTOT YANG PADAT AKAN KELIHATAN LEBIH SEKSI, BERGAYA DAN MENGHAIRAHKAN"


Banyak diantara wanita masa kini, memilih untuk kelihatan kurus dan langsing.  Mereka tidak lagi menghiraukan :
  1. Untuk mengeluarkan otot-otot dalam badan supaya kelihatan lebih seksi dan menarik
  2. Untuk mendapatkan posture yang baik 
  3. Bagaimana untuk kelihatan cantik, seksi dan menawan serta mengiurkan suami (tanpa pakaian)
  4. Tahap Kecergasan yang baik
  5. Tahap Kesihatan yang baik 
Yang menyedihkan lagi ialah kebanyakan mereka ini mementingkan diri sendiri. 
Maafkan saya jika kata-kata saya ini menyingung beberapa wanita yang membacanya. Apa yang saya lampirkan ini adalah kenyataan dan kita sebagai wanita, kita harus mempertikaikannya...bagi menjaga kebahagian dan kepuasan hidup bersama suami masing-masing.


KENAPA SAYA BERKATA KEBANYAKAN WANITA PENTINGKAN DIRI SENDIRI 
Kebanyakan wanita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.  Ini adalah satu tindakan yang baik dan positif untuk mereka kelihatan kurus atau cantik apabila mengenakan sesuatu pakaian dikhalayak ramai, dimata kawan-kawan dan diwaktu menghadiri sesuatu majlis.  Wanita juga sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dengan mengorbankan wang simpanan dan ada juga yang sanggup berhutang dengan bank(credit card) untuk tujuan menguruskan tubuh badan mereka dengan membeli pakaian dalam atau ke pusat-pusat Slimming untuk kelihatan langsing, cantik dan bergaya.  Ada juga yang sanggup menahan lapar(diet yang salah) bagi tujuan yang sama.  


Adakah mereka ini kelihatan sihat, cantik, seksi dan menawan serta menghairahkan, terutamanya dihadapan suami tanpa mengenakan sebarang pakaian atau seurat benang dibadan?
Tepuk dada tanya selera...




Bagaimana untuk anda mencari jawapannya?
Senang saja untuk anda mengetahui jawapannya, cuba bayangkan dengan meletakkan diri anda ditempat suami. Kemudian, cermin-cerminkanlah diri anda dihadapan cermin dari semua sudut (tanpa pakaian).  Adakah mata anda sedap memandang dan cukup untuk menghairahkan suami atau tidak? Setelah anda mendapat jawapan yang ikhlas dari apa yang anda lihat...buatlah keputusan sendiri dimana ianya dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan bagi kedua-dua pihak (anda dan suami).


Sepatah Dua Kata Dari Saya...Jika Saya Tersilap Harap Dimaafkan
Ini tidak bermakna wanita gemuk atau obesiti tidak ada jalan penyelesaian bagi masalah mereka...Anda tidak perlu mengubah bentuk badan menjadi terlalu kurus seperti anda dizaman anak dara dahulu, cuma cari jalan yang terbaik dan berlarutan untuk menjaga bentuk badan supaya sihat, mantap, seksi dan menawan.  Yang paling penting untuk kita yang telah memasuki alam perkahwinan ini ialah, pastikan anda memberi yang terbaik kepada suami tersayang dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan diatas kebaikan dan kasih sayangnya  dengan tidak menhiraukan bentuk badan, kecantikan dan kesihatan anda.  


Tahukah Anda?
Boleh dikatakan 99% kaum lelaki memiliki kelemahan apabila memandang wanita yang cantik, seksi dan menghairahkan.  Apatah lagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan iman yang kuat.  Manakala syaitan juga mengambil kesempatan ini untuk memanahkan hati dan membisik supaya melakukan sesuatu yang tidak baik.  Jadi, biar kita sebagai isterinya menjadi salah satu kekuatan disebalik kelemahan suami kita masing-masing...   


Semoga Berjaya Mengharungi Titian Hidup Dialam Perkahwinan..!


Copyright: Ross Safina Hor @ RSHor


INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

POPULAR POSTS - MUST READ

JUMPA SAYA DI FACEBOOK