KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama)

Pegawai Perubatan di Bahagian Reproduktif Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) Dr T. Komathy berkata rawatan seperti itu hanya ada di pusat perubatan swasta.
"Jika tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan lemak masuk ke saluran darah, sekiranya ia memasuki saluran darah ke otak maka ia boleh menyebabkan strok, manakala jika ia memasuki saluaran ke paru-paru ia boleh menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya rawatan tersebut perlu dilakukan di pusat perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Katanya semasa penyusuan badan, hormon estrogen yang merupakan antara penyebab kanser payudara kurang dihasilkan.

LPPKN menyediakan subsidi untuk pengesanan awal kanser payudara melalui ujian mammogram bagi wanita berumur 40 tahun ke atas serta ujian 'ultrasound' untuk wanita berumur kurang daripada 35 tahun.

Subsidi yang diberikan bagi ujian mammogram adalah sebanyak RM50 manakala bagi ujian ultrasound sebanyak RM40 dan diberikan kepada mereka yang layak dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang

News by BERNAMA