ADAKAH ANDA DISERANG CANDIDA ALBICANS ATAU BACTERIA YANG MENGGANGGU PERHUBUNGAN ANDA BERSAMA SUAMI. ATASI MASALAH KEPUTIHAN, BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN DITEMPAT SULIT DLL BERSAMA SUPER PRODUCTS DARI SYARIKAT NUORICO SB. HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MOBILE: +012 4102368

Sunday, August 9, 2009

AWAS H1N1!!! KEMATIAN MENINGKAT DENGAN MENDADAK. 8 ORANG TELAH DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA OLEH KEMENTERIAN MALAYSIA.



javascript blinking text - http://www.blinkingtextlive.com
Pada 9 Ogos 2009 sejumlah 202 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 8 kes kematian dilaporkan.

Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 9 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,780 kes dengan jumlah kematian 26 orang.

Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

H1N1-KES TERBARU DAN SEBANYAK 18 KEMATIAN SEHINGGA HARI INI.


Blinking Text Live - http://www.blinkingtextlive.com

Pada 8 Ogos 2009 sejumlah 53 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 3 kes kematian dilaporkan.

Kesemuanya adalah kes tempatan dan di kalangan warga negara Malaysia. Daripada 53 kes yang dilaporkan hari ini, 24 merupakan kejadian dari 5 kluster baru dan 2 kluster lama, sementara 29 adalah kes sporadikatau terpencil.

Disamping itu sebanyak 40 kluster influenza-like illness telah dilaporkan di mana lima telah disahkan positif influenza A(H1N1).

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 8 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,578 kes dengan jumlah kematian 18 orang. Daripada 1,578 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (36%) merupakan kes import dan 1,004 (64%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,498 kes (95%) telah sembuh.

Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang. Seramai 64 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi manakala 25 orang menerima rawatan pesakit luar.

Daripada 14 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).

Maklumat mengenai kes-kes kematian adalah seperti berikut:

  • Kematian ke-16, adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang telah mula mendapat gejala ‘upper respiratory tract infection’ dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 3/8/09. Beliau mengalami sawan pada 4/8/09 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ujian makmal pada 5/8/09 mengesahkan kes mendapat jangkitan influenza A(H1N1). Kes meninggal dunia pada 7/8/09 disebabkan oleh ‘Acute Encephalitis secondary to Influenza A(H1N1)’.
  • Kematian ke-17, adalah seorang kanak-kanak berumur satu tahun empat bulan dan mempunyai sejarah penyakit Hypothyroidism dan sedang dalam rawatan. Beliau mula menghidap gejala demam, batuk dan selsema pada 28/7/09 namun tidak mendapatkan rawatan di klinik. Beliau hanya berjumpa doktor klinik swasta pada 2/8/09 dan terus dirujuk ke hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada hari yang sama kerana muntah, kurang selera makan dan sukar bernafas. Pesakit disahkan positif influenza A(H1N1) pada 4/8/09. Selepas lima hari berada di hospital, pesakit menjadi lebih teruk dengan gejala ‘drowsiness, lethargy dan altered consciousness’ dan dipindahkan ke wad rawatan rapi dengan bantuan pernafasan pada 6/8/09. Walau bagaimanapun keesokkan harinya keadaan pesakit menjadi teruk dan meninggal dunia pada 7/8/09 akibat ‘severe pneumonia with underlying H1N1 infection’.
  • Kes yang ke-18 ialah seorang lelaki berumur 63 tahun (pengidap Asma dan sejarah penyakit Tibi), dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 2/8/09 kerana sesak nafas teruk. Beliau disahkan positif H1N1 dan Tibi pada 4/8/09. Beliau meninggal dunia pada 6/08/09 disebabkan oleh ‘Severe Pneumonia with positif influenza A(H1N1) with underlying pulmonary TB’. Si-mati mula mendapat demam, batuk dan selsema sejak 29/7/09 dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 31/7/09 sebelum dirujuk ke Hospital Selayang.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 8 Ogos 2009, sejumlah 205,914 kes dengan 1,568 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4233 kes dengan 15 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Saturday, August 8, 2009

SEBAHAGIAN GAMBAR YANG DIAMBIL PADA 1 AUGUST-CELEBRATE MY TWO HEROES, HARRIES AND DARWISH BIRTHDAY.

Birthday Boys & their Birthday cake -Chocolate Brownies

Baba and his 2 naughty boys

Mama and her boys

These are my Nephew and Niece
Happy Birthday to Hadi(30 July) and Fatihah(8 August)

Fun Time






Wednesday, August 5, 2009

WEDNESDAY & THURSDAY NIGHT- NAK TAHU SALAH SATU AKTIVITI MALAM MY HUBBY & I SELEPAS ANAK-ANAK TIDUR. HAAA...NAK TAHU TAK KAMI BUAT APA? SHHHH...!

Bukan "yang tu...sensorlah sikit. Nanti ada orang naik syok pulak", hee...hee...hee just kidding.

We went for midnight movies...memang best this action movie(GI-JOE) and THE PROPOSAL is a funny romance story but its very nice. I suggest these are the movies for this weekend.
Ada beberapa movies yang best utk you all tonton for this weekend. Diantaranya ialah:

My Rating
*1-2(Good...), 3-4(Best.), 5-6(Awesome!)*
  1. THE PROPOSAL-Awesome!
  2. OBSESSED-Awesome!


This movie is sooo... touching. Can make you in tears.
loool...

Have a nice weekend to all of you...

With Love,
Ross Safina Hor

Glitter Generator - http://www.glitterwordslive.com

TERBARU TENTANG KEMATIAN H1N1 DI MALAYSIA. DAPATKAN 1 BOTOL PROTECUR UNTUK MENCEGAH DARI DIJANGKITI WABAK BAHAYA INI.

Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com
12 mati akibat H1N1, terkini di Johor
Aug 5, 09 2:43pm


Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Glitter Generator - http://www.glitterwordslive.com

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu.

Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com
Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Glitter Word Generator - http://www.glitterwordslive.com

INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!

POPULAR POSTS - MUST READ

JUMPA SAYA DI FACEBOOK