Memandangkan sesi persekolahan akan bermula, ibu bapa diminta lebih bertanggungjawab untuk memastikan hanya menghantar anak mereka yang sihat sahaja ke sekolah.
Ini kerana mereka yang masih ada gejala walaupun ringan masih boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain. Adalah dikhuatri jika mereka menularkan virus ini kepada mereka yang berisiko, komplikasi yang serius termasuklah kematian boleh berlaku.
Sementara itu pihak sekolah terutamanya guru-guru mesti memastikan hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja menghadiri kelas sebelum kelas bermula.
Pelajar-pelajar yang di dapati tidak sihat perlu dihantar pulang atau ke klinik untuk rawatan, maka guru tidak perlu menutup kelas.
Jika ini dapat dilaksanakan, bermakna hanya pelajar yang sihat sahaja akan berada di dalam kelas. Ini akan memberi keyakinan kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak yang tidak mempunyai gejala ke sekolah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.