Ina melahirkan anaknya yang kedua pada 10 Mei 2009 pada hari Ahad. Ia juga pemberian istimewa dari anaknya ini sempena Hari Ibu pada tahun ini.
Apabila saya mendapat tahu bahawa Ina dibawa ke Hospital Lam Wah Ee daripada Ibunya, saya berasa cemas dan panik(fobia la...). Ketika itu saya sedang meraikan Majlis Hari Ibu disebuah hotel bersama suami tersayang dan tiga hero kesayangan saya. Lebih kurang pada pukul 11 malam samasa saya sedang memandu pulang ke rumah lalu kedengaran mobile saya berdering...suami saya berkata:
"Dear...from Ina mother again. May be this is good news for us."
Saya pun menjawab...alangkah seronoknya berita ini bahawa Ina sudah selamat bersalin anak lelaki. Alhamdulillah Syukur...
Selepas menghantar anak-anak saya ke rumah,saya bersama suami terus bergagas ke hospital. Turut berada disitu ialah suami, ibu dan adiknya sedang menunggu Ina keluar dari bilik bersalin. Saya hanya dapat melihat anaknya dalam rakaman dari handphone adiknya. Comel betul, geramnya.... melihat pipi yang tembam, mata yang bulat dan rambut hitam lebat. Alhamdulillah sekali lagi hati ku berkata-kata dengan anugerah yang sempurna ini.
Selepas 15 minit menunggu barulah kami dapat berjumpa dengan ibu yang bertuah ini. Dia kelihatan happy dan bertenaga walaupun selepas bertarung nyawa untuk melahirkan bayinya.
Aku dan suamiku sangat sayangkan Ina seperti adik sendiri walaupun pada awalnya dia hanya seorang pengguna produk kami.
Syabas... untukmu Ina.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.