Pada 9 Ogos 2009 sejumlah 202 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 8 kes kematian dilaporkan.
Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 9 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,780 kes dengan jumlah kematian 26 orang.
Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
MASALAH BADAN GEMUK ATAU KURUS KERING,MASALAH MUKA,MASALAH SEX,MASALAH KESIHATAN DAN.....? PENYELESAIANNYA ADA DISINI!
Facebook Badge
Sunday, August 9, 2009
AWAS H1N1!!! KEMATIAN MENINGKAT DENGAN MENDADAK. 8 ORANG TELAH DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA OLEH KEMENTERIAN MALAYSIA.
H1N1-KES TERBARU DAN SEBANYAK 18 KEMATIAN SEHINGGA HARI INI.
Pada 8 Ogos 2009 sejumlah 53 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 3 kes kematian dilaporkan.
Kesemuanya adalah kes tempatan dan di kalangan warga negara Malaysia. Daripada 53 kes yang dilaporkan hari ini, 24 merupakan kejadian dari 5 kluster baru dan 2 kluster lama, sementara 29 adalah kes sporadikatau terpencil.
Disamping itu sebanyak 40 kluster influenza-like illness telah dilaporkan di mana lima telah disahkan positif influenza A(H1N1).
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 8 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,578 kes dengan jumlah kematian 18 orang. Daripada 1,578 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (36%) merupakan kes import dan 1,004 (64%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,498 kes (95%) telah sembuh.
Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang. Seramai 64 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi manakala 25 orang menerima rawatan pesakit luar.
Daripada 14 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).
Maklumat mengenai kes-kes kematian adalah seperti berikut:
- Kematian ke-16, adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang telah mula mendapat gejala ‘upper respiratory tract infection’ dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 3/8/09. Beliau mengalami sawan pada 4/8/09 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ujian makmal pada 5/8/09 mengesahkan kes mendapat jangkitan influenza A(H1N1). Kes meninggal dunia pada 7/8/09 disebabkan oleh ‘Acute Encephalitis secondary to Influenza A(H1N1)’.
- Kematian ke-17, adalah seorang kanak-kanak berumur satu tahun empat bulan dan mempunyai sejarah penyakit Hypothyroidism dan sedang dalam rawatan. Beliau mula menghidap gejala demam, batuk dan selsema pada 28/7/09 namun tidak mendapatkan rawatan di klinik. Beliau hanya berjumpa doktor klinik swasta pada 2/8/09 dan terus dirujuk ke hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada hari yang sama kerana muntah, kurang selera makan dan sukar bernafas. Pesakit disahkan positif influenza A(H1N1) pada 4/8/09. Selepas lima hari berada di hospital, pesakit menjadi lebih teruk dengan gejala ‘drowsiness, lethargy dan altered consciousness’ dan dipindahkan ke wad rawatan rapi dengan bantuan pernafasan pada 6/8/09. Walau bagaimanapun keesokkan harinya keadaan pesakit menjadi teruk dan meninggal dunia pada 7/8/09 akibat ‘severe pneumonia with underlying H1N1 infection’.
- Kes yang ke-18 ialah seorang lelaki berumur 63 tahun (pengidap Asma dan sejarah penyakit Tibi), dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 2/8/09 kerana sesak nafas teruk. Beliau disahkan positif H1N1 dan Tibi pada 4/8/09. Beliau meninggal dunia pada 6/08/09 disebabkan oleh ‘Severe Pneumonia with positif influenza A(H1N1) with underlying pulmonary TB’. Si-mati mula mendapat demam, batuk dan selsema sejak 29/7/09 dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 31/7/09 sebelum dirujuk ke Hospital Selayang.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 8 Ogos 2009, sejumlah 205,914 kes dengan 1,568 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4233 kes dengan 15 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.
Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!
POPULAR POSTS - MUST READ
-
Ina melahirkan anaknya yang kedua pada 10 Mei 2009 pada hari Ahad. Ia juga pemberian istimewa dari anaknya ini sempena Hari Ibu pada tahun i...
-
Pak Ngah(bukan nama sebenar) Kota Bharu , Kelantan Saya sekeluarga menggunakan Protecur100 dan Neibac5 untuk menjaga kesihatan. Yg paling ba...
-
Bahaya sedut lemak - Al Fatihah untuk Allahyarham Noraini Tragedi yang amat menyedihkan hati semua wanita. Saya berharap tidak akan ada lagi...
-
NEIBAC 5 sangat istimewa dan unik.
-
Testimoni bergambar didalam website saya...baca dan lihat apa kata pelanggan produk dan dothemikross training.
-
Saya membeli Neibac5 ini daripada sahabat saya. Pada mulanya saya beli untuk menolong kawan saya sahaja. Selepas menggunakannya sepertimana ...
-
Gambar diatas menunjukkan perbezaan selepas sebulan(baju putih) dan dua bulan(baju biru) mengambil Neibac5. Apakah perbezaan yang anda dapat...
-
Ibubapa tak perlu risau dan bimbang menghantar anak-anak mereka ke Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) kerana kerajaan dapat mengawal peny...
-
Of late I noticed my erection was not as hard as before, and I am only 46. This had affected my self-confidence and I was concerned that I m...
-
More Than I Can Say Your birthday fills me with happiness, because being with you is my pleasure, my joy. I’m hoping and praying for many mo...