
Pada 9 Ogos 2009 sejumlah 202 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 8 kes kematian dilaporkan.
Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 9 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,780 kes dengan jumlah kematian 26 orang.
Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
MASALAH BADAN GEMUK ATAU KURUS KERING,MASALAH MUKA,MASALAH SEX,MASALAH KESIHATAN DAN.....? PENYELESAIANNYA ADA DISINI!
Facebook Badge
Sunday, August 9, 2009
AWAS H1N1!!! KEMATIAN MENINGKAT DENGAN MENDADAK. 8 ORANG TELAH DILAPORKAN MENINGGAL DUNIA OLEH KEMENTERIAN MALAYSIA.
H1N1-KES TERBARU DAN SEBANYAK 18 KEMATIAN SEHINGGA HARI INI.
Pada 8 Ogos 2009 sejumlah 53 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 3 kes kematian dilaporkan.
Kesemuanya adalah kes tempatan dan di kalangan warga negara Malaysia. Daripada 53 kes yang dilaporkan hari ini, 24 merupakan kejadian dari 5 kluster baru dan 2 kluster lama, sementara 29 adalah kes sporadikatau terpencil.
Disamping itu sebanyak 40 kluster influenza-like illness telah dilaporkan di mana lima telah disahkan positif influenza A(H1N1).
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 8 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,578 kes dengan jumlah kematian 18 orang. Daripada 1,578 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (36%) merupakan kes import dan 1,004 (64%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,498 kes (95%) telah sembuh.
Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang. Seramai 64 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi manakala 25 orang menerima rawatan pesakit luar.
Daripada 14 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).
Maklumat mengenai kes-kes kematian adalah seperti berikut:
- Kematian ke-16, adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang telah mula mendapat gejala ‘upper respiratory tract infection’ dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 3/8/09. Beliau mengalami sawan pada 4/8/09 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ujian makmal pada 5/8/09 mengesahkan kes mendapat jangkitan influenza A(H1N1). Kes meninggal dunia pada 7/8/09 disebabkan oleh ‘Acute Encephalitis secondary to Influenza A(H1N1)’.
- Kematian ke-17, adalah seorang kanak-kanak berumur satu tahun empat bulan dan mempunyai sejarah penyakit Hypothyroidism dan sedang dalam rawatan. Beliau mula menghidap gejala demam, batuk dan selsema pada 28/7/09 namun tidak mendapatkan rawatan di klinik. Beliau hanya berjumpa doktor klinik swasta pada 2/8/09 dan terus dirujuk ke hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada hari yang sama kerana muntah, kurang selera makan dan sukar bernafas. Pesakit disahkan positif influenza A(H1N1) pada 4/8/09. Selepas lima hari berada di hospital, pesakit menjadi lebih teruk dengan gejala ‘drowsiness, lethargy dan altered consciousness’ dan dipindahkan ke wad rawatan rapi dengan bantuan pernafasan pada 6/8/09. Walau bagaimanapun keesokkan harinya keadaan pesakit menjadi teruk dan meninggal dunia pada 7/8/09 akibat ‘severe pneumonia with underlying H1N1 infection’.
- Kes yang ke-18 ialah seorang lelaki berumur 63 tahun (pengidap Asma dan sejarah penyakit Tibi), dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang pada 2/8/09 kerana sesak nafas teruk. Beliau disahkan positif H1N1 dan Tibi pada 4/8/09. Beliau meninggal dunia pada 6/08/09 disebabkan oleh ‘Severe Pneumonia with positif influenza A(H1N1) with underlying pulmonary TB’. Si-mati mula mendapat demam, batuk dan selsema sejak 29/7/09 dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 31/7/09 sebelum dirujuk ke Hospital Selayang.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 8 Ogos 2009, sejumlah 205,914 kes dengan 1,568 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 4233 kes dengan 15 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.
Sumber:
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Subscribe to:
Comments (Atom)
INGIN MENGELUARKAN PRODUK BERJENAMA SENDIRI? KLIK BANNER DIBAWAH..!
POPULAR POSTS - MUST READ
-
BEAUTISLEEP- SEMAKIN LAMA BERKAHWIN, SEMAKIN GALAK, ROMANTIK DAN BERNAFSU DIBUATNYA APABILA DISENTUH OLEH PASANGAN. TERANGKAT HABIS BULU-BUL...
-
Ina melahirkan anaknya yang kedua pada 10 Mei 2009 pada hari Ahad. Ia juga pemberian istimewa dari anaknya ini sempena Hari Ibu pada tahun i...
-
SAYA TERIMA EMAIL INI DARIPADA SEORANG SUAMI YANG AMAT MENYAYANGI ISTERINYA, SETIA DAN PENYABAR. - Ross Safina hor Produk yg istimewa ini, b...
-
Sambungannya... Saya bertahan selama 4 tahun dengan dia, sehinggalah pada suatu hari... . saya berjumpa dengan satu pasangan yang sangat ro...
-
CERITA SEORANG WANITA YANG MENDERITA JANGKITAN KULAT(CANDIDA ALBICANS) DAN BAGAIMANA PROTECUR-100 MEMBANTUNYA. BUY ONLINE: FINGG...
-
Keranamu PROTECUR-100 Nama saya Euro dan saya berasal dari South Africa. Tetapi saya menetap di Pulau Pinang, Malaysia. Mobile:+6012 4102368...
-
Untuk mendapatkan perut yang slim dan fit adalah amat mudah jika mengetahui rahsia disebaliknya. Hanya dengan senaman yang tertentu, sup...
-
Assalamualaikum sahabat dan semua pelangganku yg dirahmati ALLAH SWT. Testimoni anda sangat membantu kami, terima kasih kpd semua pelang...
-
My Dear Friends Ladies Night - Latino Disco akan muncul kembali dioffice Nuorico SB, Penang. Berdekatan dengan JPJ Bukit Jambul. Rock You...
-
Luahan hati seorang pengguna produk Nuorico. Pertama kali saya bercakap dengan sahabat kita yang bekerja di salah sebuah Institusi Kewangan ...






